Sunday 2 March 2014

Seminar Go-Getters 2014

Hari ini hari Ahad bersamaan 2 Mac 2014. Selesai siapkan kerja membasuh dan kerja ofis untuk meeting esok dan terus sambung update blog.

Ok sebenarnya nak cerita apa yang telah berlaku semalam iaitu pada tarikh 1 Mac 2014. Permulaan Mac tahun ini dimulakan dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita. Sesuatu yang membuka lagi dalam minda kita ini. Mendapat pencerahan tentang sesuatu yang sepatutnya kita kena ambil tahu sentiasa.


Di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam, semalam berlangsungnya Seminar GO-GETTER 2014 anjuran team Beautiful Circles yang akan fokus pada strategi dan plan pemasaran untuk GLAMpreneurs. Seminar bermula daripada pagi. Area rumah kita ni weekend ke weekday ke, keadaan traffic tu sama je, jem. Hari-hari bertuah dan masa-masa tertentu je jalan akan lengang. Jadi kita keluar rumah memang awal la, sebab target nak sampai Shah Alam area jam 8 pagi. Stress jugalah sekejap sebab tiba-tiba ada roadblock pagi-pagi buta ni, bertambahlah jemnya.

Ok back to the real story, Go-Getter 2014. Sepanjang seminar ini berlangsung, memang tak terasa mengantuk walaupun dewan tu terasa sangat sejuk pada kita. Kita duduk tengah, kiri Irda dan kanan Juli. Mereka berdua ni tak rasa sejuk pun, relax je. Jadi serap haba diorang je la. hahahaha. Pada kita seminar ini sangat enjoy dan tak tertekan pun.

Speaker pertama ialah CDM Naa Kamaruddin. Beliau ni kecil molek je orangnya tetapi semangat beliau besar dan lontaran suara beliau sangat jelas dan tegas. Banyak yang Naa kongsikan dalam seminar ni. Naa bagitau, daripada sumber Hai O, rekod jualan daripada GLAM adalah antara jualan yang paling stabil. Mestilah rasa banggakan. Itu bukti yang GLAM merupakan team yang kukuh dan kuat. Semasa penyampaian Naa kerap tekankan tentang target dan planning. Kedua-dua perkara ini mesti jalan selari. Kena uruskan betul-betul. Lagi satu Naa ingatkan semua partner bahawa bisnes ini adalah bisnes diri sendiri jadi kena letak komitmen dan wajib konsisten sentiasa. Yang paling ramai excited nak dengar ialah tentang Shanghai target, memang dengar betul-betul dan pahat terus kat minda ni.


Speaker kedua disampaikan oleh CDM Mursyida Mohsin. Syida sangat friendly orangnya, suka share macam-macam. Syida direct leader kita jadi apa-apa sahaja pasal bisnes ni kita mesti rujuk beliau. Syida terangkan tentang peranan usahawan dan ciri-ciri usahawan yang diyakini. Prinsip asas yang ditekan oleh Syida ialah Ilmu + Bertindak + Rujuk = Kejayaan.  Orang-orang zaman sekarang ni bijak pandai, suka observe dan buat penilaian sendiri. Jadi penting untuk amal formula tu. Selain tu, GLAMpreneur kena familiarize diri sendiri dengan busines ini dan dengan apa yang  nak dilaksanakan. Memang jelas dan terang penyampaian Syida, sampai dewan senyap je sebab fokus. Alhamdulillah masuk semua.


Menu makanan yang disediakan, memang sedap, lazat dan enak. Paling kita suka dessert lunch, sedap dan warna warni. Kenyang sampai ke petang. Hahahaha. Sempat juga la masa makan tu selit pengalaman-pengalaman free trip ke Gold Coast, Australia. Dapat layanan VIP pula tu sepanjang berada di sana. Terserlah excited muka sorang-sorang masa bercerita.

Sesi selepas lunch break ada aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan diberi task. Dalam kumpulan kita ada lima orang. Empat orang ni kita tak kenal langsung, senang kata asinglah kepada kita. Kami berlima datang daripada negeri berbeza-beza. Tapi bertemu dalam seminar Go-Getter 2014. Kumpulan kami dapat task produk BB Plus. Nama kumpulan kami Group Girls Glowing. The best part untuk task ini, I had the opportunity to present di depan semua partner. Kita ni ada sindrom gugup kalau cakap depan orang ramai, mula la nanti tangan jadi sejuk, suara confirm ada vibrate. Tapi kita manage la juga present dengan yakin dan stand up for my group. Tujuan aktiviti berkumpulan ni sebenarnya nak bantu kami tonjolkan diri dengan profesional, personal development for interacting with others, presenting ideas from group activities and confidently present about product knowledge. Memang fun la aktiviti ni sebab santai.


Last speaker untuk hari itu ialah daripada guest speaker CDM Hanis Haizi. Memang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Hanis Haizi tiba ditemani CDM Raz. Sangat dedikasi sungguh walaupun masih dalam tempoh berpantang dan baru sehari tiba daripada Italy. Jetlagged ke penat ke senang-senang je Hanis tolak ketepi. Her words and actions in business so inspired me and all. Walaupun masih muda, tapi ketegasan sangat terserlah ketika beliau mula berbicara. Setiap patah-patah perkataan yang dikeluarkan memberi impak dan vibe yang positif. Kata Hanis, usaha kena konsisten, selalu rujuk pemimpin, kena realistik, sentiasa majukan diri ke depan, jangan peduli kata-kata negatif dan yakin dengan rezeki Allah. Semua ada challenging here and there. Kita memang totally agreed.

 


Seminar berakhir dengan sesi bergambar. Ini kegemaran semua orang.



I have a fruitful day spent. InsyaAllah, aim more to achieve more. GLAM is definitely the right choice for me to gain extra income dan untuk mencapai matlamat diimpikan.

InsyaAllah, Go Go Go Shanghai!!!! confirm!!!!

Thanks to CDM Hanis Haizi, CDM Raz, CDM Naa, CDM Syida and partners.
Thanks also to my biz partner Juli. Jauh datang daripada Ipoh.







We help out one another as a team
You create your own opportunities....


fatimahmalek

Saturday 19 October 2013

~ My 1st Achievement ~

Congtraz to myself!!!

Actually entry post ni dah lama ada dalam blog ini tapi tak boleh preview, so readers, tak boleh nak baca. This time, kita repost la entry yang sama ini. Tak kisah la walaupun dah lama berlalu...tetap juga nak post..hik3...

Kejadian ini berlaku pada 24.08.2013. Date ini kebetulan clashing dengan open house rumah big boss. Ini adalah Majlis Penganugerahan SM/SSM. Anugerah untuk kita, jadi awal-awal dah save the date. Maaflah wahai big boss... :D

Perjalanan dari rumah ke Manara PGRM Cheras makan masa almost 2 hours. Jalan jem sangat. Nasib baiklah plan keluar awal walaupun jaraknya tak jauh. Tapi kita tetap maintain..muka tak boleh masam-masam walaupun dah tengah hari.

Ok, anugerah ini penting buat kami, anugerah yang mengiktiraf pencapaian pertama setiap insan yang terlibat dalam bisnes ni. Syarikat Hai O memang menghargai usaha kami. Ramai yang hadir. Penuh dewan dengan tema hitam merah. So congtraz to myself sebab kita berjaya archive first level ni.


Thanks to Kak Miza aka Miza Hadi, my beloved partner. Insan yang memperkenalkan bisnes ini kepada kita...Kak Miza bagi rose kat kita.



Thanks also to CDM Mursyida Mohsin @ Cik Cida yang sentiasa terbuka hati dan lapang dada untuk membantu dan menambah nilai dalam diri kita melalui bisnes ini.



Terima kasih juga untuk CDM Hanis Haizi, CDM Raz dan CDM Naa Kamaruddin, leaders yang sentiasa share tips, beri motivasi dan share segala pengalaman tentang bisness online ini.

Kami seronok bersama, berada di bawah satu naungan yang sangat kukuh asasnya. Walaupun kami berbeza latarbelakang, pendidikan, umur ataupun pangkat, kami tetap sama membulat hati untuk mencapai matlamat untuk berjaya


#PIN #BeautifulCircles #GLAM #GLG #GLAMpreneurs #SM/SSM




Yeah!! thats me!!! Langkah yang diatur...dan akan terus mengatur langkah dan pasti akan melangkah sampai ke level seterusnya. Insya-Allah..segala akan berlaku dengan izin-Nya.

Semoga laluan yang kita lalui bersama teman-teman yang lain dipermudah dan diringankan rezekinya oleh Allah SWT...Amin....



credit picture: cikcida.com & PIN



keep walking, keep believing in yourself & don't give up
fatimahmalek

Tuesday 15 October 2013

~ Clean Master ~



Hari ini kita dengan senang hati nak buat clean master... delete semua entry draf yang pending untuk publish.. walaupun berat hati ini. Sempena Hari Raya Haji ini kita korbankan rasa tu. Daripada entry tersimpan macam tu kemudian kita sorang je boleh view, tak best langsung..

Jadi better delete semua tu, nanti kita nak buat entry baru. 

Lama kita berdiam bukan sebab tiada entry baru, tapi ada masalah teknikal. Banyak story kita..Tapi tak boleh publish so save dalam draf je. Bila dah boleh publish readers tak boleh preview pula....Sedih hakak...

Sebelum ini pakai broadband network jenama A...tiba2 expired..So bertukar la ke network jenama Z pula.. hu2.. Tak tau la masalah network ni ke masalah kawasan. Ingat tinggal kat tempat tinggi coverage bukan masalah.. Haru je... Guna alternatif lain, save kat draf, esok pagi datang kerja konon nak publish la.. Tetapi masalah lain pula yang muncul... Macam-macam la. Malas nak panjangkan cerita...Tapikan kat facebook dan instagram memang update sentiasa...

So sekarang, clean up everyting, kemudian bagi mood baru masuk... sekarang dah pandai sikit nak atasi masalah-masalah teknikal ni...Tapi masalah network coverage yang slow nih..tengah ikhtiar cara lain pula..hahaha..harap-harap menjadi.. Mana2 entry pending.. yang kita boleh re-post balik kita akan modified jadi story yang baru..... 

Sabar ye readers yang budiman....

fatimahmalek






Sunday 5 May 2013

~Pilihanraya Umum ke 13~


Hi dearest..

Sepanjang umur coming soon 29 tahun, inilah kali pertama mengundi. Lima tahun lepas tak mengundi bukan disebabkan tidak layak atau tidak berdaftar tetapi ketika itu sedang memikul tanggungjawab lain. Apa tanggungjawab itu, to run college annual dinner called Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspirations. Dah berbulan-bulan merancang dan sepakat memilih tarikh tu..tiba-tiba tarikh itu juga menjadi pilihan sebagai tarikh mengundi. So what to do, priority come first. Masa tu memang berterima kasih sangat pada team ABADI, very supportive.

Ok back to the story, kite biasa-biasa je nak mengundi ni, tak adalah semangat menjulang-julang sangat, yang penting  laksanakan apa yang patut sahaja. Betul tak... Pengalaman pertama mengundi untuk negara, walaupun dulu pernah merasa mengundi semasa di U ada juga rasa berdebar-debar ni, nasib baik jumpa member lama, bila bersembang-sembang, hilang rasa debaran. Kita kali pertama mengundi berdebar, member ni kali kedua mengundi pun masih berdebar lagi.. kan....

Kite pergi mengundi dengan kakak dan emak. Mengundi di kawasan kite ok, walaupun pagi, tapi cuaca cerah dan panas, kena pula tu mendaki sampai tingkat 3 dengan barisan yang beratur panjang, nasib baik tak lambat sangat. Menurut member lama ni, PRU kali ni ramai, sebelum ni mengundi di tingkat bawah je, kali ni dipecahkan. Serasa kite, ditingkat bawah dikhaskan untuk yang berumur 40 tahun ke atas dan ditingkat atas untuk 21 tahun - 39 tahun. Mungkin jumlah yang berdaftar meningkat, jadi untuk cepatkan proses pengundian, SPR buat macam ni kot.

Yang best PRU ni, Isnin bos bagi cuti.. yang tak bestnya, jari telunjuk kena calit dakwat, rase rimas pula sebab jari ni kena tegak je. Sebab dakwat ni lambat kering, kite balut dulu dengan tisu, sampai rumah terus basuh, baru rasa ok..hik3

Sekarang, mesti ramai sedang setia menonton tv untuk mengikuti perkembangan semasa PRU 13. Kalau di sesetengah kawasan tu, ramai penduduk yang ikut serta semasa pengiraan undi di kawasan masing-masing, saja tengok proses secara real and live. Semasa zaman U, tiga tahun kite merasa pengalaman piliharaya kampus, penat memang la penat, nama pun jentera piliharaya tapi pengalaman tu menyeronokkan sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Kite suka tengok gelagat orang ni, macam-macam.

Oklah, sama-sama nantikan perkembangan dan pengumuman daripada SPR untuk PRU 13. Siapa yang menang dan siapa yang kalah. Siapa sahaja yang diberi mandat untuk mentadbir negara Malaysia ini diharap dapat melaksanakan tanggungjawab besar ini dengan sewajarnya dan telus. Rakyat telah memilih anda untuk memimpin Malaysia, jadi balaslah pilihan rakyat ini dengan apa yang telah dijanjikan. Jangan sekadar berjanji, ibarat menanam tebu ditepi bibir..... Bila berkata-kata semuanya macam makan gula manis, awas!! jangan sampai kena kencing manis... kalau kena...habislah...

Ok, till we meet again....daaaaaa





fatimahmalek


Sunday 21 April 2013

~Gambar Kontroversi~



Hai..

Saja pilih perkataan itu sebagai title entry kali. Nak tahu gambar apa?? Sabar...

Gambar tu tiba-tiba jadi hits apabila kite update sebagai facebook picture profile... Update sebelah malam, sebelum tidur tu dah terima banyak like.  Itu normal kalau orang like.. kalau terima komen pun biasalah kan..

Tapi yang luar biasanya bila ada yang bertanya secara berdepan dan pm kite... urmm.. cuba teka apa soalan yang ditanya???

Dah teka.... hik2..

Kite share bukan nak rasa bangga atau apa tetapi boleh dijadikan testimoni produk.

Ok soalannya ye.. mereka bertanyakan sama ada muka di gambar tu asli atau edit... kite cantik, guna produk apa.. siapa yang mekapkan muka kite...

yela kan sekarang banyak software untuk mencantikkan gambar... paling latest application perfect 365.. memang muka akan jadi cun la kalau guna photo edit tu...

Gambar yang kite maksudkan ditangkap secara candid oleh anak saudara kite. Bukan pakai kamera DSLR, kamera biasa je..itu pun jenuh dah kite pose..
So kalau nak tahu gambar ni asli atau tidak, kite suruh mereka tengok video kat keek.. video tu tak boleh edit kan.. Ada 2 video, sebelum dan selepas majlis...

Kulit nampak cantik.. rahsianya.. tentulah hasil daripada minuman kolagen BB Plus dan sabun hijau.. Berkesan kan... resdung pun kurang.. masalah kulit kering berminyak pun dah berkurang... macam-macam lah lagi khasiatnya.. nak tahu lebih lanjut, hubungi kite.... nak cantik kan..

Mekap.. ni mekap alakadar...kite sebenarnya tak suka sangat bermekap, sebab dulukan resdung. Nak bermekap bila pergi kerja , appoitment, attend kenduri kawin atau ada majlis tertentu.  Jadi ni mekap sendiri.. tak pandai sangat pun..mekap mungkin jadi cantik sebab effect warna tudung yang sangat menyerlah warnanya...kan.. kuning + oren gitu... Nak tema orang Perak la katakan.. Tu yang amik warna kuning. hik3..

Nak tengok tak gambar kontroversi ni..hik3..

Sila Scroll ke bawah






Scroll lagi











Ini lah dia.... apa-apa pun, saya sangat suka gambar ni!!!



till we meet again

fatimahmalek

Tuesday 9 April 2013

~Marine Essence Beauty Bar~



Apa itu???
Untuk Apa???

Inilah dia sabun untuk menyihatkan kulit anda...

Sesuai untuk semua jenis kulit...



Rumusan khas Anti Oksidan dan Minyak Asli

*Garam Buluh
*Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh)
*Minyak Liquorice
*Minyak Tea Tree
*Vitamin E
*Aloe Vera

Sabun yang kini menjadi sebutan dan pilihan ramai.
Laris di pasaran

Biasanya orang akan sebut sabun hijau atau sabun celah ketiak.. Kelakarkan bunyinya. Walaupun kelakar, tetap juga hasilnya bagus. Kalau tak bagus tak akan la cepat sold out kan...

Nak rasa, tengok ataupun nak pegang.. Sila hubungi saya segera. Ada sampel percuma menanti anda....





Fatimah|019-634 3334|fatimah_malek@yahoo.com

Sunday 7 April 2013

~Siapa Yang Tak Mahu Kaya ?~



Perkataan itu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi. Siapa yang tak kenal Irfan Khairi. Beliau master of social media networking business.

Ok, kita nak kongsikan sedikit apa yang ditulis oleh Irfan Khairi tentang

Siapa Yang Tak Mahu Kaya?




Irfan Khairi mengatakan bahawa masalah kewangan diibaratkan seperti masalah kesihatan. Lebih baik diketahui dari awal sebarang jenis penyakit dan halang sebelum atau tanda penyakit itu dapat dilihat. Kata beliau lagi, orang yang tidak mahu kaya berpunca daripada sindrom 'tak mahu kaya'. Maksudnya, jauh disudut minda kita ada yang dikatakan sebagai 'penghalang kekayaan' dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. 

Kita suka perkataan beliau ini.. 'mengsabotaj diri sebelum berusaha'.. Setuju tak dengan kata-kata itu. Belum berusaha dan fikir negatif dulu. Semasa dalam kelas GLAM pun pakar strategi iaitu CDM Raz pun sering beritahu tentang sifat manusia ni yang belum cuba tapi dah buat kesimpulan yang diri tidak mampu.

Key point yang cuba disampaikan Irfan Khairi ialah kesedaran adalah kuasa untuk berubah. Jika sindrom 'tidak mahu kaya' yang terbenam dalam minda separuh sedar, anda akan selama menghalang mencapai kekayaan yang diimpikan.







Contoh Hanis Haizi, mampu memiliki aset pada usia muda atas usaha sendiri. Kisah Hanis Haizi tidak semudah pejam mata kemudian celik sudah nampak hasil. Hanis menyimpan skrol ijazah kejuruteraan lalu mendampingi perniagaan MLM sepenuh masa sehingga menjana pendapatan sebulan hampir RM 150,000 sebulan. Hanis berjuang dan dedikasikan masa muda beliau untuk komited merubah nasib. Nah hasilnya sangat lumayan!! Siapa yang tak mahu kaya macam ni???



Bila sudah ada pendapatan begitu, mestilah diurus dengan baik dan pasti akan membuat pelaburan tambahan untuk menjana 2 kali ganda pendapatan yang sedia ada. Kemudian dapat pula berbelanja lebih, tentu seronok!!


Jadi sama-samalah anda fikir, kewangan sangat diperlukan, tidak kira di tahap mana pun anda berada. Wang anda, kuasa anda.



till we meet again

fatimahmalek