Saturday 19 October 2013

~ My 1st Achievement ~

Congtraz to myself!!!

Actually entry post ni dah lama ada dalam blog ini tapi tak boleh preview, so readers, tak boleh nak baca. This time, kita repost la entry yang sama ini. Tak kisah la walaupun dah lama berlalu...tetap juga nak post..hik3...

Kejadian ini berlaku pada 24.08.2013. Date ini kebetulan clashing dengan open house rumah big boss. Ini adalah Majlis Penganugerahan SM/SSM. Anugerah untuk kita, jadi awal-awal dah save the date. Maaflah wahai big boss... :D

Perjalanan dari rumah ke Manara PGRM Cheras makan masa almost 2 hours. Jalan jem sangat. Nasib baiklah plan keluar awal walaupun jaraknya tak jauh. Tapi kita tetap maintain..muka tak boleh masam-masam walaupun dah tengah hari.

Ok, anugerah ini penting buat kami, anugerah yang mengiktiraf pencapaian pertama setiap insan yang terlibat dalam bisnes ni. Syarikat Hai O memang menghargai usaha kami. Ramai yang hadir. Penuh dewan dengan tema hitam merah. So congtraz to myself sebab kita berjaya archive first level ni.


Thanks to Kak Miza aka Miza Hadi, my beloved partner. Insan yang memperkenalkan bisnes ini kepada kita...Kak Miza bagi rose kat kita.



Thanks also to CDM Mursyida Mohsin @ Cik Cida yang sentiasa terbuka hati dan lapang dada untuk membantu dan menambah nilai dalam diri kita melalui bisnes ini.



Terima kasih juga untuk CDM Hanis Haizi, CDM Raz dan CDM Naa Kamaruddin, leaders yang sentiasa share tips, beri motivasi dan share segala pengalaman tentang bisness online ini.

Kami seronok bersama, berada di bawah satu naungan yang sangat kukuh asasnya. Walaupun kami berbeza latarbelakang, pendidikan, umur ataupun pangkat, kami tetap sama membulat hati untuk mencapai matlamat untuk berjaya


#PIN #BeautifulCircles #GLAM #GLG #GLAMpreneurs #SM/SSM




Yeah!! thats me!!! Langkah yang diatur...dan akan terus mengatur langkah dan pasti akan melangkah sampai ke level seterusnya. Insya-Allah..segala akan berlaku dengan izin-Nya.

Semoga laluan yang kita lalui bersama teman-teman yang lain dipermudah dan diringankan rezekinya oleh Allah SWT...Amin....



credit picture: cikcida.com & PIN



keep walking, keep believing in yourself & don't give up
fatimahmalek

Tuesday 15 October 2013

~ Clean Master ~



Hari ini kita dengan senang hati nak buat clean master... delete semua entry draf yang pending untuk publish.. walaupun berat hati ini. Sempena Hari Raya Haji ini kita korbankan rasa tu. Daripada entry tersimpan macam tu kemudian kita sorang je boleh view, tak best langsung..

Jadi better delete semua tu, nanti kita nak buat entry baru. 

Lama kita berdiam bukan sebab tiada entry baru, tapi ada masalah teknikal. Banyak story kita..Tapi tak boleh publish so save dalam draf je. Bila dah boleh publish readers tak boleh preview pula....Sedih hakak...

Sebelum ini pakai broadband network jenama A...tiba2 expired..So bertukar la ke network jenama Z pula.. hu2.. Tak tau la masalah network ni ke masalah kawasan. Ingat tinggal kat tempat tinggi coverage bukan masalah.. Haru je... Guna alternatif lain, save kat draf, esok pagi datang kerja konon nak publish la.. Tetapi masalah lain pula yang muncul... Macam-macam la. Malas nak panjangkan cerita...Tapikan kat facebook dan instagram memang update sentiasa...

So sekarang, clean up everyting, kemudian bagi mood baru masuk... sekarang dah pandai sikit nak atasi masalah-masalah teknikal ni...Tapi masalah network coverage yang slow nih..tengah ikhtiar cara lain pula..hahaha..harap-harap menjadi.. Mana2 entry pending.. yang kita boleh re-post balik kita akan modified jadi story yang baru..... 

Sabar ye readers yang budiman....

fatimahmalek






Sunday 5 May 2013

~Pilihanraya Umum ke 13~


Hi dearest..

Sepanjang umur coming soon 29 tahun, inilah kali pertama mengundi. Lima tahun lepas tak mengundi bukan disebabkan tidak layak atau tidak berdaftar tetapi ketika itu sedang memikul tanggungjawab lain. Apa tanggungjawab itu, to run college annual dinner called Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspirations. Dah berbulan-bulan merancang dan sepakat memilih tarikh tu..tiba-tiba tarikh itu juga menjadi pilihan sebagai tarikh mengundi. So what to do, priority come first. Masa tu memang berterima kasih sangat pada team ABADI, very supportive.

Ok back to the story, kite biasa-biasa je nak mengundi ni, tak adalah semangat menjulang-julang sangat, yang penting  laksanakan apa yang patut sahaja. Betul tak... Pengalaman pertama mengundi untuk negara, walaupun dulu pernah merasa mengundi semasa di U ada juga rasa berdebar-debar ni, nasib baik jumpa member lama, bila bersembang-sembang, hilang rasa debaran. Kita kali pertama mengundi berdebar, member ni kali kedua mengundi pun masih berdebar lagi.. kan....

Kite pergi mengundi dengan kakak dan emak. Mengundi di kawasan kite ok, walaupun pagi, tapi cuaca cerah dan panas, kena pula tu mendaki sampai tingkat 3 dengan barisan yang beratur panjang, nasib baik tak lambat sangat. Menurut member lama ni, PRU kali ni ramai, sebelum ni mengundi di tingkat bawah je, kali ni dipecahkan. Serasa kite, ditingkat bawah dikhaskan untuk yang berumur 40 tahun ke atas dan ditingkat atas untuk 21 tahun - 39 tahun. Mungkin jumlah yang berdaftar meningkat, jadi untuk cepatkan proses pengundian, SPR buat macam ni kot.

Yang best PRU ni, Isnin bos bagi cuti.. yang tak bestnya, jari telunjuk kena calit dakwat, rase rimas pula sebab jari ni kena tegak je. Sebab dakwat ni lambat kering, kite balut dulu dengan tisu, sampai rumah terus basuh, baru rasa ok..hik3

Sekarang, mesti ramai sedang setia menonton tv untuk mengikuti perkembangan semasa PRU 13. Kalau di sesetengah kawasan tu, ramai penduduk yang ikut serta semasa pengiraan undi di kawasan masing-masing, saja tengok proses secara real and live. Semasa zaman U, tiga tahun kite merasa pengalaman piliharaya kampus, penat memang la penat, nama pun jentera piliharaya tapi pengalaman tu menyeronokkan sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Kite suka tengok gelagat orang ni, macam-macam.

Oklah, sama-sama nantikan perkembangan dan pengumuman daripada SPR untuk PRU 13. Siapa yang menang dan siapa yang kalah. Siapa sahaja yang diberi mandat untuk mentadbir negara Malaysia ini diharap dapat melaksanakan tanggungjawab besar ini dengan sewajarnya dan telus. Rakyat telah memilih anda untuk memimpin Malaysia, jadi balaslah pilihan rakyat ini dengan apa yang telah dijanjikan. Jangan sekadar berjanji, ibarat menanam tebu ditepi bibir..... Bila berkata-kata semuanya macam makan gula manis, awas!! jangan sampai kena kencing manis... kalau kena...habislah...

Ok, till we meet again....daaaaaa





fatimahmalek


Sunday 21 April 2013

~Gambar Kontroversi~



Hai..

Saja pilih perkataan itu sebagai title entry kali. Nak tahu gambar apa?? Sabar...

Gambar tu tiba-tiba jadi hits apabila kite update sebagai facebook picture profile... Update sebelah malam, sebelum tidur tu dah terima banyak like.  Itu normal kalau orang like.. kalau terima komen pun biasalah kan..

Tapi yang luar biasanya bila ada yang bertanya secara berdepan dan pm kite... urmm.. cuba teka apa soalan yang ditanya???

Dah teka.... hik2..

Kite share bukan nak rasa bangga atau apa tetapi boleh dijadikan testimoni produk.

Ok soalannya ye.. mereka bertanyakan sama ada muka di gambar tu asli atau edit... kite cantik, guna produk apa.. siapa yang mekapkan muka kite...

yela kan sekarang banyak software untuk mencantikkan gambar... paling latest application perfect 365.. memang muka akan jadi cun la kalau guna photo edit tu...

Gambar yang kite maksudkan ditangkap secara candid oleh anak saudara kite. Bukan pakai kamera DSLR, kamera biasa je..itu pun jenuh dah kite pose..
So kalau nak tahu gambar ni asli atau tidak, kite suruh mereka tengok video kat keek.. video tu tak boleh edit kan.. Ada 2 video, sebelum dan selepas majlis...

Kulit nampak cantik.. rahsianya.. tentulah hasil daripada minuman kolagen BB Plus dan sabun hijau.. Berkesan kan... resdung pun kurang.. masalah kulit kering berminyak pun dah berkurang... macam-macam lah lagi khasiatnya.. nak tahu lebih lanjut, hubungi kite.... nak cantik kan..

Mekap.. ni mekap alakadar...kite sebenarnya tak suka sangat bermekap, sebab dulukan resdung. Nak bermekap bila pergi kerja , appoitment, attend kenduri kawin atau ada majlis tertentu.  Jadi ni mekap sendiri.. tak pandai sangat pun..mekap mungkin jadi cantik sebab effect warna tudung yang sangat menyerlah warnanya...kan.. kuning + oren gitu... Nak tema orang Perak la katakan.. Tu yang amik warna kuning. hik3..

Nak tengok tak gambar kontroversi ni..hik3..

Sila Scroll ke bawah






Scroll lagi











Ini lah dia.... apa-apa pun, saya sangat suka gambar ni!!!



till we meet again

fatimahmalek

Tuesday 9 April 2013

~Marine Essence Beauty Bar~



Apa itu???
Untuk Apa???

Inilah dia sabun untuk menyihatkan kulit anda...

Sesuai untuk semua jenis kulit...



Rumusan khas Anti Oksidan dan Minyak Asli

*Garam Buluh
*Pheno-SFE (Ekstrak Teh Pu-erh)
*Minyak Liquorice
*Minyak Tea Tree
*Vitamin E
*Aloe Vera

Sabun yang kini menjadi sebutan dan pilihan ramai.
Laris di pasaran

Biasanya orang akan sebut sabun hijau atau sabun celah ketiak.. Kelakarkan bunyinya. Walaupun kelakar, tetap juga hasilnya bagus. Kalau tak bagus tak akan la cepat sold out kan...

Nak rasa, tengok ataupun nak pegang.. Sila hubungi saya segera. Ada sampel percuma menanti anda....





Fatimah|019-634 3334|fatimah_malek@yahoo.com

Sunday 7 April 2013

~Siapa Yang Tak Mahu Kaya ?~



Perkataan itu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi. Siapa yang tak kenal Irfan Khairi. Beliau master of social media networking business.

Ok, kita nak kongsikan sedikit apa yang ditulis oleh Irfan Khairi tentang

Siapa Yang Tak Mahu Kaya?




Irfan Khairi mengatakan bahawa masalah kewangan diibaratkan seperti masalah kesihatan. Lebih baik diketahui dari awal sebarang jenis penyakit dan halang sebelum atau tanda penyakit itu dapat dilihat. Kata beliau lagi, orang yang tidak mahu kaya berpunca daripada sindrom 'tak mahu kaya'. Maksudnya, jauh disudut minda kita ada yang dikatakan sebagai 'penghalang kekayaan' dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. 

Kita suka perkataan beliau ini.. 'mengsabotaj diri sebelum berusaha'.. Setuju tak dengan kata-kata itu. Belum berusaha dan fikir negatif dulu. Semasa dalam kelas GLAM pun pakar strategi iaitu CDM Raz pun sering beritahu tentang sifat manusia ni yang belum cuba tapi dah buat kesimpulan yang diri tidak mampu.

Key point yang cuba disampaikan Irfan Khairi ialah kesedaran adalah kuasa untuk berubah. Jika sindrom 'tidak mahu kaya' yang terbenam dalam minda separuh sedar, anda akan selama menghalang mencapai kekayaan yang diimpikan.







Contoh Hanis Haizi, mampu memiliki aset pada usia muda atas usaha sendiri. Kisah Hanis Haizi tidak semudah pejam mata kemudian celik sudah nampak hasil. Hanis menyimpan skrol ijazah kejuruteraan lalu mendampingi perniagaan MLM sepenuh masa sehingga menjana pendapatan sebulan hampir RM 150,000 sebulan. Hanis berjuang dan dedikasikan masa muda beliau untuk komited merubah nasib. Nah hasilnya sangat lumayan!! Siapa yang tak mahu kaya macam ni???



Bila sudah ada pendapatan begitu, mestilah diurus dengan baik dan pasti akan membuat pelaburan tambahan untuk menjana 2 kali ganda pendapatan yang sedia ada. Kemudian dapat pula berbelanja lebih, tentu seronok!!


Jadi sama-samalah anda fikir, kewangan sangat diperlukan, tidak kira di tahap mana pun anda berada. Wang anda, kuasa anda.



till we meet again

fatimahmalek

~My Brand New Lappy~



H0lla

My title post tu sebenarnya gimik sahaja. Bukan brand new pun. Ingat tak, last post pasal my lappy.. Entry post title 010413 .. Sekarang laju je menekan Mr Lappy ni, sebabnya.. check it out


Lappy tak brand new pun, keyboard je brand new. Ha3... Thank you to Mr Doctor sebab tolong rawat kecederaan dalaman Mr Lappy. Walaupun pada awalnya, kita di maklumkan kos nak baikinya tinggi dan spare part susah nak cari.. sebab ni keluaran lama sangat. So faham-faham je la kan.. tetapi sebab kasih sayang yang tinggi kepada Mr Lappy, kos tinggi tidak menjadi masalah.... Seminggu selepas tu dapat call, bagitau laptop dah kembali sihat.. Girang sungguh rasa hati, tak sabar nak tengok and the best news is.. kosnya RM 80.00 sahaja... kita ulang semula RM 80.00 sahaja.. macam tak percaya je. So kepada siapa nak servis atau nak baiki komputer atau laptop, kite advise this place "Silverwave". Nak tau di mana lokasinya search website ni.. www.silverwaves.com.my ...memang terbaik punya!! promo pula kan.. hik3



Tarra!! sekarang papan kekunci sedia untuk berkhidmat...lembut je tak perlu lagi guna external keyboard... dan laju pula sekarang selepas diformat. Alhamdulillah.. Kami kembali bersatu... 

Itu sahaja nak diceritakan

Till we meet again

fatimahmalek


Thursday 4 April 2013

~BTS Hanis Haizi Photoshoot Majalah NONA~


Best appearance from Green Leaders Academy Malaysia Founder & Top Leader

 HANIS HAIZI!!!!!


Wednesday 3 April 2013

Monday 1 April 2013

~Harlem Shake GLAM in London & Paris~


Must watch video... just for fun... GLAM is not all about business...


~010413~




Assalamualaikum readers

What a day.... full sampai terpaksa cari aiskrim before balik rumah to tranquilise my mind...
Tapi sempat jugalah buat follow up dengan customers & potential business patner.

Sebenarnya nak testing Mr Lappy.. Baru keluar klinik. Alhamdulillah tak kritikal sangat walaupun berbulan-bulan ting tong. Terima kasih kepada tuan doktor... Jasamu dikenang. Jauh tau hantar Mr Lappy ni..Nun klinik di Ipoh.. Begitulah adatnya, kalau servis bagus, jauh macam manapun tetap dicari..kan

Tau tak..mestilah tak tau kan. Sejak pertama kali Mr Lappy ni bertuankan kite, inilah first time diformat. Dari tahun 2006 sehingga 2013, cuba kira.. Lamakan Mr Lappy ni berbakti kepada kite... Sangat terharu tiba-tiba.

Tengah seronok nak menekan ni.. Sebab apa ya.. nak tahu tak... tungguuuuuuuuuuuuuuuuu...........

>>>>>> to be continue <<<<<<<<<<<<<

Saturday 23 March 2013

~What I Feel~



Hye..


Sejak pindah KL ni. memang kerap kite balik Ipoh. Macam nak pindah balik Ipoh je. Setiap kali call emak atau abah mesti soalan wajib ni mereka berdua akan tanya. "Bila nak balik" tak pun "Minggu ni balik Ipoh tak??" .. Kadang-kadang kite senyum sebelum jawab soalan tu. Yela kan, baru je balik dari Ipoh, dah tanya bila nak balik lagi. But its ok, masa mula-mula pindah KL bajet-bajet juga la kalau nak balik Ipoh. Gaji bulanan cukup-cukup je, ditambah dengan peruntukan tetap setiap bulan. Jadi mana yang boleh dielakkan, terpaksalah kite elakkan. Tabah juga la, sebab setiap bulan dapat gaji dah buat plan siap-siap.

Alhamdulillah. Allah buka pintu rezeki untuk kite. Daripada rezeki itu kite bolehlah kerap balik Ipoh..
Boleh berbelanja lebih untuk keluarga.
Sebab sebelum ini masa di Ipoh dah terbiasa ada peruntukan untuk keluarga terutama untuk emak dan abah.
As long mereka bahagia..kite akan bahagia... bahagiakan ibu bapa ni salah satu saham akhirat. Jadi tak perlu serabutkan mereka dengan masalah yang remeh temeh.

Abah pernah cakap.. biarlah kalau orang nak buat kita... jangan kita buat orang, buat hal sendiri..tapi tetap baik dengan orang tu..

Cakap pasal mak abah mesti mata nak berair... hik3..aaaiihhhhh...


Less then 20 days.. to the big day of my brother.... lepas ni kena share abang kite ni dengan wife dia... Sebelum ni shopping raya, abang, kakak, kite dengan nony..Selepas ni?? Sebelum ni nak beli barang-barang di pasar untuk raya, abang jadi driver untuk emak.. Selepas ni??
But kite sangat happy.. akhirnya abang kite akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati dia. Emak dan abah yang paling seronok sekali. Tak sia-sia perjalanan ke Terengganu. Sebab tu tak kisah masa dia minta share duit. Bagi je. Sangat berbaloikan. Alhamdulillah

Entry kali ni sebenarnya sebab tiba-tiba teringat perbualan kite dengan abang masa on the way balik Ipoh.
Terkesan kot dengar ayat yang keluar daripada mulut dia.. sebab sebelum ni tak terfikir pun.

Alamak tiba-tiba kite sedih la pula..

Ok la better stop di sini sebelum jadi lain pula entry kali ni.

Apa-apa pun tak sabar nak tunggu majlis besar kat Ipoh...outfit kite almost ready..hik3..tak sabar nak tengok hasilnya..


Tempah kat tailor yang sangat kreatif dan terbaik di hati kite


Emak excited buat preparation.. nak sambut menantu baru.. tambah-tambah abang anak kesayangan emak...


Ini untuk my beloved Emak.. pusing-pusing KL cari kain yang cantik. Sanggup apply cuti... Ceriakan warna kain tu.


Ok, till we meet again..




fatimahmalek




Friday 22 March 2013

~G L A M ( Green Leaders Academy Malaysia) In London and Paris~



Hye readers,

Terdahulu nak ucap terima kasih kepada pembaca blog fatimahmalek. Terima kasih juga kepada yang mesej dan bagi feedback pasal blog ni, kite sangat menghargainya.
Sekarang jarang sangat nak update, idea banyak nak nak curahkan di sini. Setiap kali dapat idea nak tulis apa dalam blog, kite akan save siap-siap dalam my note. Almaklumlah ada tanggungjawab tetap yang kena diutamakan terlebih dahulu. Tetapi, ini bukan alasan untuk my lovely business tak berjalan ya.. Walaupun slow berblog, tracking business tetap on everyday. Facebook, Instagram, Email, Whatapps dan Instant Messaging kan ada. :D

Thank you very much to supportive readers. Kalau tengok statistik reader & traffic widget buat kite tersenyum happy je...

No worry.. I will try my best to update new entry...


Ok itu mukadimah untuk entry kali ni.

Baca tajuk pun dah terujakan. Tengok pictures ditambah lagi dengan video..urmm memang rasa hangat je hati ini. Ni hangat tanda vibrant yang positif.

Free trip 10 days 7 nights in London and Paris, fully sponsored by Hai O

Super great and halal meals

5 star hotel

Exclusive flight ticket

Seronok tak?? 

Beautiful Circles + Professional Intelligent Network


 Inilah my sweet & lovely mentor

 With her strong backbone



Apa aktiviti sepanjang berada di sana

Sight seing

Shopping and shopping

Pose sana pose sini

Bestkannyer!!!








Lokasi yang dijejaki

London Eye
Royal Albert Hall
Buckingham Palace
Bicester Village
Tower Bridge
Kensington Park
London Central Mosque
Oxford Street
Eiffel Tower
Arc De Triomphe

Great!! just great..




 Green Leaders Academy Malaysia aka GLAM













 macam - macam aksi lompat bintang :))

Sempat juga team GLAM berhadapan dengan pengalaman stranded 2 times at train station and in the middle of highway. Masa tu perjalanan menuju dari London ke Paris. Stranded due to bad weather, heavy snow in Paris. Sampai sempat la juga main snow.
Susah payah dan keletihan team GLAM terbalas apabila Hai O berbesar hati extend the trip from 8 days to 10 days. Team GLAM sahaja yang dapat 2 night extra in Paris and fully sponsored. Flight ticket yang sudah dibeli sebelum ini burn macam itu sahaja. Company sanggup tanggung rugi, siap beli new flight ticket to Malaysia. The best is dapat naik Qatar Airways and Eqypt Air....Bertuah sungguh!!



London and Paris done.... next trip Shanghai


FOC trip + Meals + 5 star accomodation + Flight ticket 


Business with GLAM is so easy!!!!

Do come and join us..

Proud to be part of GLAMpreneurs... ada Hanis Haizi ada Naa Kamaruddin dan ada Cik Cida


Picture credit to Mursyida Mohsi & Azizul Razman





Fatimah Malek|019-6343334|fatimah_malek@yahoo.com







fatimahmalek