Sunday 2 March 2014

Seminar Go-Getters 2014

Hari ini hari Ahad bersamaan 2 Mac 2014. Selesai siapkan kerja membasuh dan kerja ofis untuk meeting esok dan terus sambung update blog.

Ok sebenarnya nak cerita apa yang telah berlaku semalam iaitu pada tarikh 1 Mac 2014. Permulaan Mac tahun ini dimulakan dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diri kita. Sesuatu yang membuka lagi dalam minda kita ini. Mendapat pencerahan tentang sesuatu yang sepatutnya kita kena ambil tahu sentiasa.


Di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam, semalam berlangsungnya Seminar GO-GETTER 2014 anjuran team Beautiful Circles yang akan fokus pada strategi dan plan pemasaran untuk GLAMpreneurs. Seminar bermula daripada pagi. Area rumah kita ni weekend ke weekday ke, keadaan traffic tu sama je, jem. Hari-hari bertuah dan masa-masa tertentu je jalan akan lengang. Jadi kita keluar rumah memang awal la, sebab target nak sampai Shah Alam area jam 8 pagi. Stress jugalah sekejap sebab tiba-tiba ada roadblock pagi-pagi buta ni, bertambahlah jemnya.

Ok back to the real story, Go-Getter 2014. Sepanjang seminar ini berlangsung, memang tak terasa mengantuk walaupun dewan tu terasa sangat sejuk pada kita. Kita duduk tengah, kiri Irda dan kanan Juli. Mereka berdua ni tak rasa sejuk pun, relax je. Jadi serap haba diorang je la. hahahaha. Pada kita seminar ini sangat enjoy dan tak tertekan pun.

Speaker pertama ialah CDM Naa Kamaruddin. Beliau ni kecil molek je orangnya tetapi semangat beliau besar dan lontaran suara beliau sangat jelas dan tegas. Banyak yang Naa kongsikan dalam seminar ni. Naa bagitau, daripada sumber Hai O, rekod jualan daripada GLAM adalah antara jualan yang paling stabil. Mestilah rasa banggakan. Itu bukti yang GLAM merupakan team yang kukuh dan kuat. Semasa penyampaian Naa kerap tekankan tentang target dan planning. Kedua-dua perkara ini mesti jalan selari. Kena uruskan betul-betul. Lagi satu Naa ingatkan semua partner bahawa bisnes ini adalah bisnes diri sendiri jadi kena letak komitmen dan wajib konsisten sentiasa. Yang paling ramai excited nak dengar ialah tentang Shanghai target, memang dengar betul-betul dan pahat terus kat minda ni.


Speaker kedua disampaikan oleh CDM Mursyida Mohsin. Syida sangat friendly orangnya, suka share macam-macam. Syida direct leader kita jadi apa-apa sahaja pasal bisnes ni kita mesti rujuk beliau. Syida terangkan tentang peranan usahawan dan ciri-ciri usahawan yang diyakini. Prinsip asas yang ditekan oleh Syida ialah Ilmu + Bertindak + Rujuk = Kejayaan.  Orang-orang zaman sekarang ni bijak pandai, suka observe dan buat penilaian sendiri. Jadi penting untuk amal formula tu. Selain tu, GLAMpreneur kena familiarize diri sendiri dengan busines ini dan dengan apa yang  nak dilaksanakan. Memang jelas dan terang penyampaian Syida, sampai dewan senyap je sebab fokus. Alhamdulillah masuk semua.


Menu makanan yang disediakan, memang sedap, lazat dan enak. Paling kita suka dessert lunch, sedap dan warna warni. Kenyang sampai ke petang. Hahahaha. Sempat juga la masa makan tu selit pengalaman-pengalaman free trip ke Gold Coast, Australia. Dapat layanan VIP pula tu sepanjang berada di sana. Terserlah excited muka sorang-sorang masa bercerita.

Sesi selepas lunch break ada aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan diberi task. Dalam kumpulan kita ada lima orang. Empat orang ni kita tak kenal langsung, senang kata asinglah kepada kita. Kami berlima datang daripada negeri berbeza-beza. Tapi bertemu dalam seminar Go-Getter 2014. Kumpulan kami dapat task produk BB Plus. Nama kumpulan kami Group Girls Glowing. The best part untuk task ini, I had the opportunity to present di depan semua partner. Kita ni ada sindrom gugup kalau cakap depan orang ramai, mula la nanti tangan jadi sejuk, suara confirm ada vibrate. Tapi kita manage la juga present dengan yakin dan stand up for my group. Tujuan aktiviti berkumpulan ni sebenarnya nak bantu kami tonjolkan diri dengan profesional, personal development for interacting with others, presenting ideas from group activities and confidently present about product knowledge. Memang fun la aktiviti ni sebab santai.


Last speaker untuk hari itu ialah daripada guest speaker CDM Hanis Haizi. Memang ditunggu-tunggu oleh kami semua. Hanis Haizi tiba ditemani CDM Raz. Sangat dedikasi sungguh walaupun masih dalam tempoh berpantang dan baru sehari tiba daripada Italy. Jetlagged ke penat ke senang-senang je Hanis tolak ketepi. Her words and actions in business so inspired me and all. Walaupun masih muda, tapi ketegasan sangat terserlah ketika beliau mula berbicara. Setiap patah-patah perkataan yang dikeluarkan memberi impak dan vibe yang positif. Kata Hanis, usaha kena konsisten, selalu rujuk pemimpin, kena realistik, sentiasa majukan diri ke depan, jangan peduli kata-kata negatif dan yakin dengan rezeki Allah. Semua ada challenging here and there. Kita memang totally agreed.

 


Seminar berakhir dengan sesi bergambar. Ini kegemaran semua orang.



I have a fruitful day spent. InsyaAllah, aim more to achieve more. GLAM is definitely the right choice for me to gain extra income dan untuk mencapai matlamat diimpikan.

InsyaAllah, Go Go Go Shanghai!!!! confirm!!!!

Thanks to CDM Hanis Haizi, CDM Raz, CDM Naa, CDM Syida and partners.
Thanks also to my biz partner Juli. Jauh datang daripada Ipoh.







We help out one another as a team
You create your own opportunities....


fatimahmalek