Saturday 23 March 2013

~What I Feel~



Hye..


Sejak pindah KL ni. memang kerap kite balik Ipoh. Macam nak pindah balik Ipoh je. Setiap kali call emak atau abah mesti soalan wajib ni mereka berdua akan tanya. "Bila nak balik" tak pun "Minggu ni balik Ipoh tak??" .. Kadang-kadang kite senyum sebelum jawab soalan tu. Yela kan, baru je balik dari Ipoh, dah tanya bila nak balik lagi. But its ok, masa mula-mula pindah KL bajet-bajet juga la kalau nak balik Ipoh. Gaji bulanan cukup-cukup je, ditambah dengan peruntukan tetap setiap bulan. Jadi mana yang boleh dielakkan, terpaksalah kite elakkan. Tabah juga la, sebab setiap bulan dapat gaji dah buat plan siap-siap.

Alhamdulillah. Allah buka pintu rezeki untuk kite. Daripada rezeki itu kite bolehlah kerap balik Ipoh..
Boleh berbelanja lebih untuk keluarga.
Sebab sebelum ini masa di Ipoh dah terbiasa ada peruntukan untuk keluarga terutama untuk emak dan abah.
As long mereka bahagia..kite akan bahagia... bahagiakan ibu bapa ni salah satu saham akhirat. Jadi tak perlu serabutkan mereka dengan masalah yang remeh temeh.

Abah pernah cakap.. biarlah kalau orang nak buat kita... jangan kita buat orang, buat hal sendiri..tapi tetap baik dengan orang tu..

Cakap pasal mak abah mesti mata nak berair... hik3..aaaiihhhhh...


Less then 20 days.. to the big day of my brother.... lepas ni kena share abang kite ni dengan wife dia... Sebelum ni shopping raya, abang, kakak, kite dengan nony..Selepas ni?? Sebelum ni nak beli barang-barang di pasar untuk raya, abang jadi driver untuk emak.. Selepas ni??
But kite sangat happy.. akhirnya abang kite akan menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati dia. Emak dan abah yang paling seronok sekali. Tak sia-sia perjalanan ke Terengganu. Sebab tu tak kisah masa dia minta share duit. Bagi je. Sangat berbaloikan. Alhamdulillah

Entry kali ni sebenarnya sebab tiba-tiba teringat perbualan kite dengan abang masa on the way balik Ipoh.
Terkesan kot dengar ayat yang keluar daripada mulut dia.. sebab sebelum ni tak terfikir pun.

Alamak tiba-tiba kite sedih la pula..

Ok la better stop di sini sebelum jadi lain pula entry kali ni.

Apa-apa pun tak sabar nak tunggu majlis besar kat Ipoh...outfit kite almost ready..hik3..tak sabar nak tengok hasilnya..


Tempah kat tailor yang sangat kreatif dan terbaik di hati kite


Emak excited buat preparation.. nak sambut menantu baru.. tambah-tambah abang anak kesayangan emak...


Ini untuk my beloved Emak.. pusing-pusing KL cari kain yang cantik. Sanggup apply cuti... Ceriakan warna kain tu.


Ok, till we meet again..




fatimahmalek




No comments:

Post a Comment