Sunday, 5 May 2013

~Pilihanraya Umum ke 13~


Hi dearest..

Sepanjang umur coming soon 29 tahun, inilah kali pertama mengundi. Lima tahun lepas tak mengundi bukan disebabkan tidak layak atau tidak berdaftar tetapi ketika itu sedang memikul tanggungjawab lain. Apa tanggungjawab itu, to run college annual dinner called Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspirations. Dah berbulan-bulan merancang dan sepakat memilih tarikh tu..tiba-tiba tarikh itu juga menjadi pilihan sebagai tarikh mengundi. So what to do, priority come first. Masa tu memang berterima kasih sangat pada team ABADI, very supportive.

Ok back to the story, kite biasa-biasa je nak mengundi ni, tak adalah semangat menjulang-julang sangat, yang penting  laksanakan apa yang patut sahaja. Betul tak... Pengalaman pertama mengundi untuk negara, walaupun dulu pernah merasa mengundi semasa di U ada juga rasa berdebar-debar ni, nasib baik jumpa member lama, bila bersembang-sembang, hilang rasa debaran. Kita kali pertama mengundi berdebar, member ni kali kedua mengundi pun masih berdebar lagi.. kan....

Kite pergi mengundi dengan kakak dan emak. Mengundi di kawasan kite ok, walaupun pagi, tapi cuaca cerah dan panas, kena pula tu mendaki sampai tingkat 3 dengan barisan yang beratur panjang, nasib baik tak lambat sangat. Menurut member lama ni, PRU kali ni ramai, sebelum ni mengundi di tingkat bawah je, kali ni dipecahkan. Serasa kite, ditingkat bawah dikhaskan untuk yang berumur 40 tahun ke atas dan ditingkat atas untuk 21 tahun - 39 tahun. Mungkin jumlah yang berdaftar meningkat, jadi untuk cepatkan proses pengundian, SPR buat macam ni kot.

Yang best PRU ni, Isnin bos bagi cuti.. yang tak bestnya, jari telunjuk kena calit dakwat, rase rimas pula sebab jari ni kena tegak je. Sebab dakwat ni lambat kering, kite balut dulu dengan tisu, sampai rumah terus basuh, baru rasa ok..hik3

Sekarang, mesti ramai sedang setia menonton tv untuk mengikuti perkembangan semasa PRU 13. Kalau di sesetengah kawasan tu, ramai penduduk yang ikut serta semasa pengiraan undi di kawasan masing-masing, saja tengok proses secara real and live. Semasa zaman U, tiga tahun kite merasa pengalaman piliharaya kampus, penat memang la penat, nama pun jentera piliharaya tapi pengalaman tu menyeronokkan sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Kite suka tengok gelagat orang ni, macam-macam.

Oklah, sama-sama nantikan perkembangan dan pengumuman daripada SPR untuk PRU 13. Siapa yang menang dan siapa yang kalah. Siapa sahaja yang diberi mandat untuk mentadbir negara Malaysia ini diharap dapat melaksanakan tanggungjawab besar ini dengan sewajarnya dan telus. Rakyat telah memilih anda untuk memimpin Malaysia, jadi balaslah pilihan rakyat ini dengan apa yang telah dijanjikan. Jangan sekadar berjanji, ibarat menanam tebu ditepi bibir..... Bila berkata-kata semuanya macam makan gula manis, awas!! jangan sampai kena kencing manis... kalau kena...habislah...

Ok, till we meet again....daaaaaa





fatimahmalek