Sunday, 7 April 2013

~Siapa Yang Tak Mahu Kaya ?~



Perkataan itu yang dikongsikan oleh Irfan Khairi. Siapa yang tak kenal Irfan Khairi. Beliau master of social media networking business.

Ok, kita nak kongsikan sedikit apa yang ditulis oleh Irfan Khairi tentang

Siapa Yang Tak Mahu Kaya?




Irfan Khairi mengatakan bahawa masalah kewangan diibaratkan seperti masalah kesihatan. Lebih baik diketahui dari awal sebarang jenis penyakit dan halang sebelum atau tanda penyakit itu dapat dilihat. Kata beliau lagi, orang yang tidak mahu kaya berpunca daripada sindrom 'tak mahu kaya'. Maksudnya, jauh disudut minda kita ada yang dikatakan sebagai 'penghalang kekayaan' dan penghalang ini biasanya di bawah kesedaran kita. 

Kita suka perkataan beliau ini.. 'mengsabotaj diri sebelum berusaha'.. Setuju tak dengan kata-kata itu. Belum berusaha dan fikir negatif dulu. Semasa dalam kelas GLAM pun pakar strategi iaitu CDM Raz pun sering beritahu tentang sifat manusia ni yang belum cuba tapi dah buat kesimpulan yang diri tidak mampu.

Key point yang cuba disampaikan Irfan Khairi ialah kesedaran adalah kuasa untuk berubah. Jika sindrom 'tidak mahu kaya' yang terbenam dalam minda separuh sedar, anda akan selama menghalang mencapai kekayaan yang diimpikan.







Contoh Hanis Haizi, mampu memiliki aset pada usia muda atas usaha sendiri. Kisah Hanis Haizi tidak semudah pejam mata kemudian celik sudah nampak hasil. Hanis menyimpan skrol ijazah kejuruteraan lalu mendampingi perniagaan MLM sepenuh masa sehingga menjana pendapatan sebulan hampir RM 150,000 sebulan. Hanis berjuang dan dedikasikan masa muda beliau untuk komited merubah nasib. Nah hasilnya sangat lumayan!! Siapa yang tak mahu kaya macam ni???



Bila sudah ada pendapatan begitu, mestilah diurus dengan baik dan pasti akan membuat pelaburan tambahan untuk menjana 2 kali ganda pendapatan yang sedia ada. Kemudian dapat pula berbelanja lebih, tentu seronok!!


Jadi sama-samalah anda fikir, kewangan sangat diperlukan, tidak kira di tahap mana pun anda berada. Wang anda, kuasa anda.



till we meet again

fatimahmalek